Make your own free website on Tripod.com
Masjid Nurul Hikmah
Jln Khidmat Bukit Padang
88830 Kota Kinabalu, Sabah

Tel/Fax: 088319177, E-Mail: masjidnurulhikmah@catcha.com
Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, Kota Kinabalu, merupakan satu-satunya masjid di negeri Sabah yang ditadbir jawatankuasa sepenuhnya. Segala urusan berkaitan perancangan aktiviti pendidikan keagamaan, sosial, pengambilan dan kursus staf serta kewangan adalah di bawah tanggungjawab AJK MNH sendiri. Pentadbiran MNh diselaraskan dengan peraturan Enakmen Masjid Kariah Tahun 1997.

Mesyuarat agung setiap dua tahun diadakan bagi pemilihan ahli jawatankuasa dan seterusnya mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sabah.

MNH mula beroperasi secara resminya pada 8 Ogos, 1997 oleh TYT masa itu Tuan Dato' Seri Panglima Hj Sakaran Dandai.

Pembinaan masjid ini keseluruhannya ditanggung oleh Kerajaan Pusat dan kemudiannya diserahkan pengurusannya kepada Jawatankuasa Masjid hinggalah hari ini.

Buat masa ini MNH diurusselia oleh seorang imam, pembantu imam, seorang bilal, seorang pegawai tadbir, seorang pekerja am dan seorang pengawal keselamatan.
 
Kos perbelanjaan untuk mengurus masjid ini sebanyak lebih kurang RM10 ribu sebulan. Pendapatan masjid banyak dari sumbangan dan dermawan individu disamping pendapatan lain dari sumber sewaan harta tetap masjid. 
HOME
 

Waktu Solat

Subuh: 4.53
Imsak: 4.43
Zuhur: 12.12
Asar : 3.33
Maghrib: 6.04
Isya : 7.19