Make your own free website on Tripod.com
Masjid Nurul Hikmah
Jln Khidmat Bukit Padang
88830 Kota Kinabalu, Sabah

Tel/Fax: 088319177, E-Mail: masjidnurulhikmah@catcha.com
Bagi merealisasikan fungsi masjid yang bersifat global dan memasyarakatkan masjid itu sendiri, pihak jawatankuasa masjid bertindak dengan penuh rasa tanggungjawab mewujudkan sebuah mini perpustakaan.

Mini Perpustakaan MNH ini telah berfungsi mulai tahun 1997 hingga kini memiliki hampir 400 naskhah buku terdiri dari perlbagai tajuk dan rujukan agama.

Bagi melancarkan lagi perjalanan mini perpustakaan ini, JK MNH telah melantik En. Mohd Izham Fahd Bin Awang Ismail sebagai pembantu perpustakaan bagi menyelia dan memantau penggunaan perkhidmatan mini perpustakaan ini.





Buku yang terdapat dalam mini perpustakaan ini diperolehi dari derma orang perseorangan yang lainnya adalah dibeli sendiri oleh pihak JK MNH mengikut keperluan semasa.

Satu perkara yang menarik di perpustakaan mini ini ialah kesinambungan fungsi ilmu itu sendiri di mana bagi kuliah yang dijalankan oleh seseorang ustaz yang memerlukan kitab/buku rujukan, pihak JK MNH telah mengusahakan untuk membeli buku-buku berkenaan bagi kegunaan perjalanan kuliah berkenaan. Setiap kali kujliah berkenaan dijalankan, pihak jemaah yang hadir untuk sesi kuliah ini boleh mendapatkan kitab rujukan dari perpustakaan mini dna memulangkan semula setelah kuliah selesai. Ini dapat membantu keberkesanan penyampaian ilmu itu sendiri.
HOME
 

Waktu Solat

Subuh: 4.53
Imsak: 4.43
Zuhur: 12.12
Asar : 3.33
Maghrib: 6.04
Isya : 7.19