Make your own free website on Tripod.com
Masjid Nurul Hikmah
Jln Khidmat, Bukit Padang
88830 Kota Kinabalu, Sabah
Tel/Fax: 088319177, E-Mail: masjidnurulhikmah@catcha.com


Kelas Al-Quran dan Fardu 'Ain (KAFA) kelolaan JAKIM Sabah hingga kini mempunyai murid seramai 170 orang bagi sesi 2003 dan setiap tahun jumlah ini makin meningkat. Hingga kini KAFA mempunyai sebanyak 6 kelas dan Sekolah Agama (JAHEINS) sebanyak 10 kelas.

Waktu KAFA ialah pada hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari manakala Sekolah Agama pula pada hari Isnin hingga Jumaat dengan dua sesi, pagi dari jam 7.00 hingga 11.45, petang bermula jam 2.00 hingga 5.15 petang.

Bilik Buku Rujukan/Buku Kerja Sekolah Agama Nurul Hikmah

Buat masa ini, kelas KAFA dan Sekolah Agama MNH menggunakan bilik dalam bangunan masjid. JK MNH sedang dalam perancangan untuk membina bangunan khas bagi kegunaan KAFA dan Sekolah Agama ini.


Cadangan Kompleks Sekolah Agama Islam Nurul Hikmah dengan anggaran perbelanjaan RM9 juta dijangka memulakan pembinaannya seawal 2005, insyaAllah.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk bersama menjaya projek pendidikan Islam ini, bolehlah menyalurkan derma/sumbangan terus kepada akaun Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang Kota Kinabalu, Sabah. Semoga derma/sumbangan anda semua membantu perkembangan proses pendidikan Agama Islam di kalangan anak-anak umat Islam sekitar masjid ini, InsyaAllah.


 

Waktu Solat

Subuh: 4.53
Imsak: 4.43
Zuhur: 12.12
Asar : 3.33
Maghrib: 6.04
Isya : 7.19